Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, June 11, 2011

Liverpool ikat Henderson

2011/06/11

The Reds lengkapkan perpindahan RM98j dari Sunderland

LONDON: Gergasi bola sepak, Liverpool melengkapkan perpindahan pemain tengah yang kian memuncak namanya, Jordan Henderson dari Sunderland dengan yuran dipercayai mencecah £20 juta (RM98 juta).

Pemain 20 tahun itu sudah pun menandatangani kontrak bersama kelab Merseyside itu dan ini adalah perpindahan utama yang ketiga di bawah Kenny Dalglish yang mengambil alih tugas selaku pengurus pasukan baru sejak Januari lalu.
Dua bintang sebelum ini adalah Andy Carroll dan pemain tengah Uruguay, Luis Suarez.

“Sukar bagi saya meninggalkan Sunderland kerana saya adalah anak jati dari sana dan menyokong mereka sejak kecil,” kata Henderson yang membuat kemunculan pertama untuk skuad senior England menentang Perancis, November tahun lalu.

“Apa pun saya kini sudah bersedia dan bersemangat bermain untuk Liverpool.”
Liverpool turut dikaitkan ada hajat mahu mendapatkan pemain England dan Aston Villa, Ashley Young walaupun Manchester United kini dikatakan pilihan untuk menyambar pemain tengah itu ke Old Trafford.
Henderson menambah dia kini ghairah mahu beraksi bersama ketua pasukan, Steven Gerrard.

“Dia adalah antara pemain terbaik dunia dan inspirasi untuk pasukan Liverpool. Harap saya akan dapat belajar daripadanya,” katanya. - AFP

----- Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...