Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, June 20, 2011

Kemenangan suntik keyakinan


KEJAYAAN mengalahkan Myanmar 2-0 dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa memberi keyakinan kepada pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal bahawa pasukannya kini bersedia sepenuhnya menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan pada 29 Jun ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di hadapan hampir 15,000 penyokong Malaysia di Kota Bharu kelmarin, dua gol menerusi jaringan Mohd Amirulhadi Zainal dan Baddrol Bakhtiar sudah cukup untuk memastikan Harimau Malaya kembali bermotivasi tinggi menghadapi Taiwan nanti.

Rajagobal berkata, sekalipun terpaksa beraksi dalam keadaan padang becak namun pemainnya membuktikan mampu menyesuaikan diri dalam situasi tersebut biarpun berhadapan dengan corak permainan agresif dan keras oleh pemain Myanmar.

“Saya mempunyai keyakinan bahawa pemain saya mampu bermain dengan baik dan mereka membuktikan dalam perlawanan ini. Saya mencari kombinasi terbaik dan saya berpuas hati dengan komitmen semua pemain,” katanya.

- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...