Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, June 20, 2011

Kekalkan momentum: Safiq


KETUA pasukan skuad bola sepak kebangsaan, Shafiq Rahim menganggap kejayaan mengalahkan Myanmar 2-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Kota Bharu, kelmarin mampu membakar semangat rakan sepasukan bagi menghadapi perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan penghujung bulan ini.

“Kemenangan ini cukup bagus dan tepat pada masanya. Malah kita masih mengekalkan momentum kemenangan selepas kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF kira-kira enam bulan lalu,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan berakhir.

Pada masa, tonggak utama Selangor itu memuji kesungguhan rakan sepasukan yang beraksi cemerlang meskipun bermain dalam keadaan padang yang becak.

“Tempoh sembilan hari kita akan gunakan sebaiknya bagi menghadapi Taiwan nanti. Kemenangan ini mampu menyuntik moral pasukan secara keseluruhannya.

“Malah kembalinya penyerang kelab Pelita Jaya, Mohd Safee Sali dan beberapa pemain skuad Olimpik dijangka akan memperkuatkan lagi pasukan kita,” katanya.

----- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...