Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, June 10, 2011

Irfan tak gentar mainan psikologi

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my

WALAUPUN perang psikologi sudah bermula mendakwa kononnya ada perbincangan antara dua finalis dari Pantai Timur itu untuk memberi Piala FA kepada Terengganu manakala Piala Liga Super kepada Kelantan, ia tidak sedikitpun melunturkan semangat anak buah jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menjelang pertembungan dua gergasi Pantai Timur itu, malan esok.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan menjelang final pelbagai perang psikologi ditimbulkan bertujuan untuk melemahkan pasukan lawan tapi beliau menyifatkan sudah menjadi asam garam kepadanya kerana ini adalah pentas final kelimanya.

“Saya sudah mengarahkan pemain supaya tidak terpedaya dan terikut-ikut dengan perang psikologi itu yang sudah tentu bermatlamat untuk melemahkan kami sebaliknya pemain harus menggunakan kebijaksanaan ketika bermain walaupun mendapat tentangan hebat Kelantan.

“Selain itu, sebagai pemain berpengalaman dan ada yang mewakili pasukan kebangsaan, taktik ini tidak harus difikirkan sebaliknya menumpukan penuh perhatian pada aksi final malam esok,” katanya.

Irfan yang pernah membimbing Kelab Persipura dalam Liga Indonesia turut mengingatkan pemainnya agar komited dengan tugas masing-masing dan bukannya mengikut emosi kerana sebarang kesilapan bakal mengundang padah lebih-lebih lagi dengan kehadiran hampir 100,000 penyokong kedua-dua pasukan.

Katanya, selepas kecundang di tangan Kelantan dalam saingan Liga Super, Isnin lalu, beberapa kelemahan sudah dikenal pasti dan perubahan sudah dilakukan bagi memerangkap barisan Red Warriors.

“Lagipun pada perlawanan liga itu, saya tidak dapat menurunkan dua tonggak utama, Mohd Ashari Samsuddin dan pemain Olimpik, Mohd Zubir Mohd Azmi tapi kini mereka boleh bermain.

“Selain itu, prestasi dan semangat penjaga gol utama, Mohd Sharbinee Allawee sudah kembali pulih dan saya yakin dia akan beraksi lebih cemerlang memastikan gayang tidak dibolosi malam esok,” katanya.

----- Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena