Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, June 14, 2011

Irfan laung keyakinan


PELUANG Terengganu untuk merangkul kejuaraan Liga Super 2011 masih terbuka, walaupun permainan berbaki dua perlawanan.

Pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim yakin pasukannya mampu memintas Kelantan dan Selangor sekali gus merampas takhta liga.

“Ini merupakan saingan tiga penjuru. Kelantan, Selangor dan Terengganu ada peluang untuk muncul juara.

“Malam ini kami menentang T-Team dan mahu memastikan tiga mata maksimum jadi milik kami,” katanya.

Bagaimanapun, menjelang perlawanan malam ini Irfan mahu anak buahnya fokus dan segera melupakan kegembiraan memenangi Piala FA, Sabtu lalu.

“Saya mahu pemain kekalkan momentum kerana saya tahu moral mereka ketika ini sangat baik dan bersemangat selepas memenangi Piala FA.

“Namun, kami tetap menghormati T-Team dan sudah pasti perlawanan malam ini berlangsung sengit kerana mereka juga mahu memperbaiki kedudukan untuk muncul sebagai lapan pasukan terbaik dalam liga,” katanya.

Sementara itu, Irfan memaklumkan dua tonggak utamanya Joseph Kallang Tie dan Mazlizam Mohamad terpaksa direhatkan malam ini.

Katanya, kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan ketika perlawanan akhir Piala FA menentang Kelantan.

“Ketiadaan Joseph dan Mazlizam bagaimanapun tidak menggugat persiapan pasukan kerana pemain yang menggantikan mereka malam ini juga mampu beraksi baik,” katanya.

Minggu lalu, Skuad Penyu tumpas 0-3 di laman sendiri kepada Kelantan namun pada aksi final Piala FA Sabtu lalu, anak buah Irfan Bakti berjaya bangkit dan menebus aib dengan menjuarai Piala FA hasil kemenangan 2-1.

----- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...