Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, June 1, 2011

Hilang 3 tonggak tidak jejas Red Warriors


Pemain-pemain Kelantan gigih menjalani latihan di Kota Bharu, semalam sebagai persiapan bertemu Terengganu.


KOTA BHARU - Selepas berehat dua hari, barisan pemain The Red Warriors kembali menjalani latihan sebagai persediaan menentang musuh tradisi Terengganu dalam saingan Liga Super di Kuala Terengganu pada 6 Jun ini.

Ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu berkata, ruang rehat yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk merencanakan strategi terbaik sebelum berdepan dengan skuad bimbingan Ifran Bakti.

Menurut Karathu, latihan tersebut bagaimanapun tanpa tiga tonggak utama iaitu pertahanan kental Farisham Ismail serta dua penggempur berbisa S. Chanturu dan Norshahrul Idlan Tahala yang menyertai latihan skuad kebangsaan.

''Meskipun tanpa tiga tonggak ia sedikit pun tidak membantutkan persiapan memperkemaskan jentera pasukan bagi menghadapi perlawanan genting di Kuala Terengganu nanti.

"Tempoh lima hari sebelum bertemu Terengganu akan digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada untuk perlawanan getir selepas ini.

"Saya tidak mahu terlalu menekan pemain dan mahu mereka menjalani latihan seperti biasa," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Karathu memberitahu, ruang rehat ini amat penting buat pasukan untuk mendapatkan semula kecergasan selepas mengharungi jadual perlawanan yang padat.

"Bayangkan sepanjang Mei kita mengharungi 10 perlawanan yang ketat termasuk dua aksi bertaraf tinggi dan ia memberikan sedikit kesan buat pasukan, namun itu bukan alasan.

"Untuk itu rehat secukupnya diperlukan oleh pemain dan saya harap mereka akan kembali cergas sebaik mungkin sebelum menentang Terengganu minggu depan," ujarnya.

- Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena