Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, June 10, 2011

FAM denda PBNS RM30,000

2011/06/10

Insiden bakar bendera Kelantan oleh penyokong Hoben Jang Hoben bawa padah

ANGKARA penyokong tidak bertanggungjawab, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menerima padah didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Hukuman itu diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang semalam, khas bagi membincangkan insiden membakar bendera Kelantan oleh penyokong Negeri Sembilan pada pertemuan Liga Super antara dua pasukan berkenaan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi 10 Mei lalu.

“Kami menganggap perbuatan membakar bendera ini amat serius dan hukuman yang dikenakan adalah sebagai amaran dan peringatan kepada semua pihak supaya perkara ini tidak berulang,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Mohd Taufik Razak kepada media, semalam.
“Menjelang final Piala FA antara Kelantan dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini (esok), saya harap penyokong kedua-dua pasukan menjaga disiplin supaya perlawanan berjalan lancar.

“Sebenarnya PBNS boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, tetapi selepas menimbangkan persiapan yang mereka lakukan sebagai tuan rumah, kami mengurangkannya kepada RM30,000 yang dirasakan sudah memadai.”

Menurut Taufik, walaupun tiada laporan dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengenai insiden berkenaan, FAM masih boleh mengambil tindakan berdasarkan laporan media termasuk bukti visual.

----- Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...