Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, June 1, 2011

Amaran Rajagobal

sukan@hmetro.com.my
Oleh Aziman Rosdi dan Azlan Muhammad Zain

GIGIH...penolong  jurulatih, Tan Cheng Hoe memantau sesi latihan  pasukan kebangsaan di Wisma FAM, semalam.
GIGIH...penolong jurulatih, Tan Cheng Hoe memantau sesi latihan pasukan kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

JURULATIH skuad bola sepak kebangsaan, K Rajagobal mengingatkan anak buahnya supaya tidak memperlekehkan kemampuan Hong Kong kerana aksi persahabatan antarabangsa Jumaat ini pasti akan digunakan sebaik-baiknya lawannya itu untuk membalas dendam terhadap kekalahan Februari lalu.

Beliau berkata, Hong Kong pasti akan memberikan tentangan apabila bermain di gelanggang sendiri dan kemenangan diraih Malaysia sebelum ini tidak boleh dijadikan ukuran.

“ Dalam tempoh beberapa bulan ini Hong Kong pasti sudah membuat perubahan kerana mereka mahu menewaskan kita kali ini. Tapi semua pemain perlu bersedia untuk berdepan segala kemungkinan,” katanya yang ditemui selepas sesi latihan terakhir skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Hong Kong, pagi tadi.

Pada perlawanan persahabatan pertama di Stadium Shah Alam 9 Februari lalu, skuad Harimau Malaya yang masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Suzuki AFF ketika itu mudah mengalahkan Hong Kong 2-0.

Perlawanan kedua kali ini antara persiapan Rajagobal membentuk skuad terbaik bagi mengharungi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia dengan Taiwan 29 Jun ini.

Bagaimanapun pengendali negara itu mengakui tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan untuk berdepan Hong Kong namun beliau tidak mahu ia dijadikan alasan pemain-pemain gagal mempamerkan aksi terbaik.

“Tempoh dua hari latihan pusat ini digunakan untuk pemain embali cergas dan saya hanya sempat untuk mengendalikan sesi latihan penuh hari ini (semalam). “Walaupun pemain sudah nampak cergas tapi saya tidak mahu terlalu memaksa mereka dalam latihan kerana mahu mengelakkan pemain daripada ditimpa kecederaan,” kata Rajagobal.

Sementara itu, beliau membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan penjaga gol dari Perak, Mohd Nasril Mat Nourdin dan pemain pertahanan Kelantan, Mohd Farisham Ismail dalam senarai 22 pemain ke Hong Kong.

Keputusan menyisihkan Mohd Nasril itu memberikan ruang kepada Mohd Sharbinee Allawe (Terengganu) dan Syed Adney Syed Hussein (Sabah) merebut posisi utama selepas Khairul Fahmi Che Mat tidak dipanggil kerana bersama skuad Olimpik manakala nasib malang menimpa Farisham kerana kecederaan pangkal paha.

-- Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...