Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, May 18, 2011

Wan Jamak harap peminat Kedah dapat bersabar (Harian Metro Online)

Oleh Bashah Zainol Abidin
am@hmetro.com.my

KEDAH perlu kembali ke landasan tepat dengan menewaskan Perlis di Stadium Darulaman, malam ini jika berhasrat menduduki tangga keempat Liga Super musim ini setelah kecundang pada dua perlawanan lalu.

Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan berkata, pemain harus kembali fokus kepada saingan liga.

“Sebenarnya tiada ada apa boleh saya lakukan berhubung dua kekalahan itu kerana hanya mengambil alih pasukan dua minggu lalu.

“Saya percaya pemain mengetahui apa yang perlu mereka lakukan berdepan Perlis,” katanya.

Menurut Wan Jamak, beliau masih tidak dapat menggunakan khidmat penyerang utama, Azlan Ismail dan terpaksa menggunakan kombinasi Badrul Bakhtiar, Khyril Muhymeen Zambri dan Daozal Abu Bakar untuk membocori gawang lawan.

“Saya harap peminat Kedah dapat bersabar dengan keadaan pasukan yang menghadapi masalah kecederaan namun saya percaya pemain akan bangkit mencatat kemenangan,” katanya.

Apapun Perlis tidak boleh diperkecilkan kerana sekalipun berada di tempat tercorot, mereka mampu membuat kejutan.

“Untuk itu saya mahu pemain sentiasa fokus kepada perlawanan dan berikan komitmen padu agar tiga mata berharga dapat dihasilkan bagi memperbaiki kedudukan liga ketika ini,” kata Wan Jamak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...