Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, May 20, 2011

Terengganu semakin garang Kelantan pintas Selangor di puncak (Utusan Malaysia Online)


Pemain T-Team, Shamsul Kamal Mohamad (depan) diasak pemain Selangor, Yosri Derma Raju dalam aksi Liga Super di Kuala Terengganu, semalam. T-Team menang 2-1.


KUALA LUMPUR - Kelantan memintas Selangor untuk menerajui Liga Super setelah melakar kemenangan 3-1 ke atas Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini, semalam.

Juara bertahan Piala Malaysia itu tidak berhadapan masalah untuk mengetepikan saingan Felda apabila memperoleh jaringan pembukaan menerusi Daudsu Jamaludin pada minit ke-48.

Gol kedua Red Warriors menyusul pada minit ke-56 yang dihasilkan melalui jaringan sendiri oleh pemain tuan rumah, Rashid Mahmud dan gol ketiga diledakkan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-89.

Gol tunggal Felda United diledakkan oleh Hasmarul Fadzir pada minit ke-84.

Kemenangan semalam meletakkan Kelantan mendahului Selangor dengan kelebihan satu mata.

Pada saingan di Kuala Terengganu, Selangor bagaikan kuda yang kelelahan apabila mengulangi aksi tempang tewas mengejut 1-2 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Kekalahan tersebut menyebabkan Selangor jatuh di tangga kedua liga dan ia hadir hanya tiga hari selepas pasukan gergasi merah itu tersingkir di peringkat separuh akhir Piala FA.

Pada aksi semalam, T-Team yang turun selaku tuan rumah memperoleh jaringan menerusi tandukan Nor Mohd. Nurfarhan Muhammad pada minit ke-38 dan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-82.

Jaringan tunggal pasukan pelawat hadir menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Safiq Rahim pada minit ke-79.

Kemenangan tersebut membolehkan T-Team mengumpul 25 mata.

Sementara itu, di Paroi, pasukan Negeri Sembilan menewaskan Johor FC 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Gol kemenangan Skuad Rusa dihasilkan oleh Shahurin Abu Samah pada minit ke-7 dan Mohd. Shukor Adan minit ke-38, manakala jaringan pasukan pelawat diledakkan oleh Mohd. Riduan Ma'on pada minit ke-51.

Di Lumut, skuad Perak sekadar berpuas hati apabila melakar keputusan seri 1-1 dengan Sabah di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perak terlebih dahulu mencipta jaringan pada minit ke-52 apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh ketua pasukan, Shahrulnizam Mustafa, sementara gol penyamaan pasukan pelawat diperoleh melalui Md Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-90.

Dalam pada itu, aksi di Stadium Shah Alam, Terengganu menewaskan Harimau Muda A 2-1, manakala Pahang tumpas kepada Kuala Lumpur 0-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena