Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, May 20, 2011

Selangor tersungkur (Sinar Harian Online)

KUALA TERENGGANU – Kehebatan Selangor selaku pendahulu Liga Super tercalar apabila dikalahkan T-Team 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Ternyata peluang bermain di laman sendiri tidak disia-siakan pasukan tuan rumah, sekali gus merealisasikan hasrat mengutip tiga mata penuh.

Pasukan tuan rumah yang beraksi garang seawal minit permainan terlebih dahulu mencipta gol pada minit ke-38 menerusi hantaran menarik Tengku Hasbullah Raja Hassan dan disempurnakan Nor Farhan Muhammad.

Tersentak dengan gol awal tuan rumah, pasukan pelawat cuba menggandakan asakan ke gawang gol lawan, bagaimanapun kekentalan pertahanan anak buah Yunus Alif berjaya mematahkan beberapa percubaan berbahaya.

Tindakan ketua pasukan T-Team, Rosdi Talib yang menjatuhkan pemain Selangor di kawasan kotak penalti akhirnya membuka peluang kepada pelawat untuk menyamakan kedudukan pada minit ke -76.

Aksi longgar pemain pertahanan Selangor pada babak akhir perlawanan akhirnya dihukum pasukan tuan rumah, apabila Indra Putera bijak memanfaatkan peluang menerusi tandukan deras terus ke gawang gol lawan pada minit ke-82.

Selangor yang ternyata tertekan cuba mengasak ke gawang gol T-Team, bagaimanapun keputusan itu kekal hingga ke wisel penamat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...