Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, May 20, 2011

Sedia bas ke Piala FA (Sinar Harian Online)


HULU TERENGGANU- Biarpun lokasi sebenar aksi final bola sepak Piala FA, 11 Jun depan masih belum diputuskan, namun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah mengarahkan wakil rakyat di setiap Dewan Undangan Negeri(Dun) menyediakan bas bagi membawa penyokong Skuad Penyu.

Menurutnya, beliau ingin melihat penyokong Terengganu memenuhi segenap sudut ruang stadium, sekali gus mampu mencipta sejarah apatah lagi aksi final tersebut bakal menyaksikan pertembungan hebat antara Terengganu dan Kelantan.

“Kita percaya semangat penyokong Terengganu sudah mula berkobar-kobar dan saya telah mengarahkan wakil rakyat agar menyediakan seberapa banyak bas bagi membawa seberapa ramai penyokong untuk menyaksikan perlawanan akhir nanti serta memberi sokongan sepenuhnya kepada Skuad Penyu.

“Jumlah bas terpulang kepada wakil rakyat berdasarkan peruntukan bantuan am yang masih ada. Kita ingin melihat stadium dipenuhi penyokong Terengganu.

“Bagi DUN Kijal sebanyak 15 buah bas akan disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2011 di Padang Astaka, Kuala Berang, di sini, semalam.

Majlis yang turut diadakan penyampaian Cek Bantuan Pentadbiran kepada persatuan tersebut berjaya menghimpunkan 10,000 belia dari seluruh daerah.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat serta Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Mat Yusof Mat Ali.

Ketika ditanya mengenai bentuk ganjaran yang akan diberikan kepada setiap pemain sekiranya berjaya menjulang Piala FA ke Terengganu nanti, Ahmad mengharapkan agar piala tersebut dibawa pulang terlebih dahulu sebelum perbincangan berkaitan ganjaran daripada Kerajaan Negeri diputuskan.

“Kita ingin melihat piala itu dibawa pulang terlebih dahulu dan sudah pasti ada ganjaran yang akan menanti pemain namun biarlah ia berada di tangan kita dahulu.

“Bentuk ganjaran akan ditentukan nanti termasuklah cuti umum atau cuti apa sekalipun kerana kita ingin melihat kemenangan pasukan Terengganu dahulu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...