Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, May 18, 2011

Pamer komitmen jitu (Harian Metro Online)

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my

ASAK...penyerang  Kelantan, Ramzul Zahini Adenan dihimpit dua pertahanan Selangor P Gunalan (kiri) dan D Surendran pada perlawanan, kelmarin.
ASAK...penyerang Kelantan, Ramzul Zahini Adenan dihimpit dua pertahanan Selangor P Gunalan (kiri) dan D Surendran pada perlawanan, kelmarin.

KETUA Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu puas hati dengan keupayaan pemainnya mempamerkan aksi cemerlang untuk layak ke final Piala FA menerusi agregat 6-2 sekalipun terikat 1-1 dengan Selangor pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mohd 1V, Kota Bharu, malam kelmarin.

Karathu berkata, kesungguhan pemain tetap membara walaupun tanpa ‘ayam tambatan’, Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya malah lebih teruja apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit kesembilan.

Beliau yang terpaksa menurunkan beberapa pemain muda tidak mahu mengambil risiko kerana lebih berwaspada untuk percaturan final berdepan jiran, Terengganu, 11 Jun ini.

“Saya dapat lihat pemain bersungguh-sungguh dan bermain cemerlang walaupun sudah menjangkakan layak ke final.

“Terus terang dengan kelebihan empat gol, saya yakin layak ke final dan kerana itu saya rehatkan pemain utama yang sudah mendapat kad kuning,” katanya.

Karathu juga puas hati dengan aksi penyerang, Mohd Khalid Jamlus dan Ramzul Zahini Adenan yang memberikan komitmen tinggi sepanjang perlawanan walaupun jarang diturunkan.

Sementara itu, jurulatih Selangor, K Devan terpaksa akur dengan keputusan seri walaupun sedikit kecewa kerana gagal menewaskan tuan rumah di hadapan penyokong sendiri.

Beliau bagaimanapun puas hati dengan kesungguhan pemain mengasak kubu Kelantan pada babak kedua hingga akhirnya membuahkan hasil apabila Rudie Ramli berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78.

“Kami datang dengan misi untuk menewaskan tuan rumah tapi akur kerana hanya mampu seri. Pada saya mustahil menjaringkan lima gol apa lagi bermain di Kota Bharu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...