Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, May 18, 2011

Pahang tumpu aksi Liga Super (Berita Harian Online)

2011/05/18

SELEPAS impian ke final Piala FA berkubur kelmarin, Pahang kini mengalih tumpuan pada saingan Liga Super bagi terus memperbaiki kedudukan ke-11 yang dihuni skuad berkenaan ketika ini.

Pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh berkata, kegagalan beraksi ke pentas final piala berprestij itu diharap memberi pengalaman berharga buat skuad kendalian Dollah Salleh untuk beraksi lebih baik pada baki saingan Liga Super.

Katanya, pemain sudah melakukan sebaik mungkin tetapi selepas impian ke final tidak kesampaian, itu bukan bermakna perjuangan dalam aksi Liga Super dan Piala Malaysia juga berakhir.

“Saya harap kekalahan kepada Terengganu tidak menyentap semangat pemain, sebaliknya memberi lebih kekuatan dan keazaman untuk bermain dengan lebih baik selepas ini kerana kejayaan ke separuh akhir Piala FA sebenarnya satu pencapaian baik,” katanya, semalam.

Bersambung aksi Liga Super bertemu Kuala Lumpur malam esok, Che Nasir mahu pemain memberi tumpuan terhadap perlawanan itu memandangkan kedudukan ke-11 yang dihuni ketika ini belum selamat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...