Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, May 21, 2011

Norshahrul hampiri Kasut Emas 2011 (Sinar Harian Online)


KERANCAKAN Liga Super 2011 bakal menuju penghujung saingannya dengan berbaki enam perlawanan untuk ditamatkan.

Perebutan gelaran liga kini terarah kepada saingan tiga penjuru membabitkan pasukan Kelantan, Selangor dan Terengganu yang menguasai tiga tangga teratas selepas mengharungi 20 perlawanan.

Penyerang berbisa The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha dan penyerang Terengganu, Abd Hadi Yahya mengetuai senarai penjaring terbanyak apabila mengumpul 12 gol setakat ini.

Jika Norshahrul berjaya mengekalkan status penjaring terbanyak sehingga tamat saingan liga, penyerang kebangsaan itu muncul pemain kedua dari Kelantan memenangi anugerah Kasut Emas selepas Hashim Mustapha melakukannya pada 1993 dan 1994.

Sementara itu, penyerang Perak, Akmal Rizal Rakhli terus ketandusan jaringan sejak kali terakhir melakukannya pada 12 April lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena