Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, May 17, 2011

Kuasa Pantai Timur (Berita Harian Online)

Oleh Norliza Wasilan dan Mohd Nor Asri Yaacob
bhsukan@bharian.com.my
2011/05/17

PEMAIN Kelantan meraikan gol pada pertemuan pusingan kedua Piala FA menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. - Foto Fathil Asri
PEMAIN Kelantan meraikan gol pada pertemuan pusingan kedua Piala FA menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. - Foto Fathil Asri

Kelantan, Terengganu kali pertama bertembung final Piala FA 11 Jun

KELANTAN dan pasukan tetangga, Terengganu akan bertemu dalam final kejohanan bola sepak Piala FA pada 11 Jun ini buat melakar episod baru betapa ‘angin panas’ bola sepak negara sudah mula bertiup kencang ke arah Pantai Timur.

The Red Warriors pimpinan Datuk M Karathu seri 1-1 dengan Selangor di halaman sendiri tetapi keringat itu sudah memadai bagi tuan rumah layak atas agregat 6-2 buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun manakala Terengganu menang 2-0 ke atas Pahang bagi agregat 5-2.

Pada perlawanan timbal balik separuh akhir kedua Piala FA itu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu, The Red Warriors yang disuntik sokongan padu lebih 20,000 penyokong yang membentuk lautan merah putih di stadium berkenaan lebih menguasai permainan dan mendahului seawal minit kesembilan menerusi rembatan deras Mohd Shakir Shaari.

“Kami sudah yakin dapat layak ke final selepas modal besar dari Shah Alam tetapi tetap berwaspada. Namun, gol pertama jaringan Mohd Shakir Shaari menambah keyakinan pasukan dan menyentap peluang pelawat untuk bangkit,” katanya.

Kelantan turut memperoleh beberapa peluang keemasan untuk terus merobek gawang Selangor antaranya menerusi Mohd Iqbal Suhaimi dan Khalid Jamlus bagaimanapun penyudahan tumpul menyebabkan sebarang gol gagal ditambah meskipun menguasai perlawanan pada separuh masa pertama dan kedua.

Pasukan kendalian K Devan bagaikan masih belum dapat melupai duka tewas 5-1 ketika perlawanan pusingan pertama di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu terus tidak terdaya mengekang kemaraan Kelantan meskipun cuba memberi tentangan.

Begitupun, Selangor berjaya mendapat jaringan penyamaan lewat yang hadir pada minit ke-78 hasil menerusi sepakan Rudie Ramli yang menewaskan kekentalan gawang Khairul Fahmi Che Mat namun terus buntu untuk menambah jaringan.

Perlawanan malam tadi turut menyaksikan tiga pemain Selangor dilayangkan kad kuning iaitu Mohd Fitri Syazwan pada separuh masa pertama manakala Mohd Nasriq Baharom dan D Surendran pada separuh masa kedua.

Ini adalah kali kedua Kelantan layak ke final selepas tewas kepada Selangor 1-4 menerusi penentuan penalti pada 2009 manakala Terengganu membuat penampilan kali keempat selepas muncul juara pada 2000 dan naib juara 1999 dan 2004.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena