Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, May 15, 2011

ketumpulan jentera serangan bawa padah (Sinar Harian Online)


KEGAGALAN jentera serangan Pahang menyempurnakan beberapa peluang di hadapan pintu gol Terengganu membawa padah apabila tewas 2-3 kepada anak buah Irfan Bakti Abu Salim pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Mendahului pasukan pelawat melalui jaringan Mohd Munir Amran pada minit ke-46 dan R Surendran pada minit ke-53, namun kealpaan benteng pertahanan Tok Gajah memberi ruang kepada Skuad Penyu menyamakan kedudukan.

Penjaga gol pelawat, Sharbinee Allawee wajar menerima pujian kerana berjaya menepis beberapa percubaan berbahaya tuan rumah.

Memasuki babak kedua perlawanan, Terengganu mempamerkan kebangkitan.

Serangan bertali arus ke arah pintu gol Pahang akhirnya membuahkan hasil apabila Mohd Ashaari Samsudin menjaringkan gol pertama pasukan pelawat pada minit ke-63.

Selang 18 minit kemudian, pemain gantian Wan Mohd Afif Wan Jasmi menyumbat gol penyamaan.

Tiga minit sebelum perlawanan ditamatkan, Mohd Ashaari yang juga pemain skuad kebangsaan muncul wira Terengganu dengan gol kemenangan selepas mudah memperdaya penjaga gol Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...