Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, May 11, 2011

Kelantan gagal rampas takhta (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
2011/05/11

  PEMAIN Negeri Sembilan, Mohd Alif Samsudun (kiri) berebut bola dengan pemain Kelantan, Zairul Fitree Ishak dalam saingan Liga Super  di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.
PEMAIN Negeri Sembilan, Mohd Alif Samsudun (kiri) berebut bola dengan pemain Kelantan, Zairul Fitree Ishak dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Red Warriors sekadar seri dengan Negeri Sembilan di Stadium Paroi

KELANTAN gagal merampas kembali tampuk penguasaan Liga Super apabila sekadar seri 0-0 menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi, malam tadi.
Keputusan seri itu membolehkan Selangor terus kekal di puncak dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk meraih tiga mata dalam aksi seimbang.

Satu mata ini menjadi penawar buat barisan Negeri Sembilan bimbingan Mohd Azraai Khor yang dikecewakan Sabah 2-0 di Kota Kinabalu, Sabtu lalu.

The Red Warriors berjaya memasukkan bola ke dalam gawang Negeri Sembilan tetapi jaringan S Chanturu tidak dikira kerana berada pada keadaan ofsaid pada minit ke-33.

Ulang tayang menunjukkan penjaga garisan membuat keputusan tepat dengan Chanturu berada di depan Aidil Zafuan Abd Radzak sebelum menolak melepasi penjaga gol.

Sebelum itu Norshahrul Idlan Talaha berjaya mengelirukan pertahanan di kiri namun rembatannya tinggi melepasi palang.

Peluang terbaik buat tuan rumah hadir menerusi pemain veteran Shukor Adan dua minit sebelum rehat tetapi tandukannya ditepis Khairul Fahmi Che Mat.

Hairuddin Omar berjaya meloloskan diri pada minit ke-80 tetapi gagal mengulangi jaringan menakjubkan ke atas Perak apabila percubaan kencangnya dinafikan Khairul Fahmi.

Khalid Jamlus begitu hampir mencuri kemenangan buat pelawat tetapi jaringannya juga tidak dikira kerana ofsaid pada minit-minit terakhir meninggalkan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena