Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, May 19, 2011

Kelantan bina stadium baru (Sinar Harian Online)


KERAJAAN Negeri Kelantan bersetuju membina kompleks sukan menempatkan stadium dengan kapasiti 40,000 penonton di atas tanah milik kerajaan negeri di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keputusan dibuat selepas menghadapi masalah pengambilan tanah dan kos tinggi di Bandar Baru Tunjong.

Menurutnya, tender pembinaannya dibuka kepada mana-mana pemaju berminat dan reka bentuk kompleks di atas tanah seluas lebih 40.5 hektar bernilai RM159 juta itu terpulang kepada arkitek.

“Kita akan mewujudkan ruang solat kerana sudah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk tidak memisahkan sukan dengan konsep Membangun Bersama Islam,” katanya.

Menurut Nik Abdul Aziz, kompleks yang turut menempatkan kolam renang berasingan untuk lelaki dan perempuan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa.

Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, lokasi itu dipilih kerana terletak berhampiran Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai yang sudah dipersetujui.

“Kita akan memastikan pemaju lebuh raya menyediakan laluan keluar masuk utama ke kompleks tersebut dan kita juga memberi peluang memajukan 20 peratus keluasan tanah dengan komponen komersial,” katanya.

Husam berkata, ada cadangan kompleks itu dinamakan sebagai The Red Warriors City, namun ia belum diputuskan Menteri Besar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...