Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, May 18, 2011

Hanya juara liga pengubat luka (Harian Metro Online)

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

HANYA kejayaan mempertahankan takhta Liga Super mampu mengubat kekecewaan pasukan yang penuh dengan tradisi kejuaraan dan sejarah dalam kancah bola sepak tempatan, Selangor selepas terlepas dua piala pada saingan Liga M musim ini.

Kelantan terus menjadi badi kepada Selangor musim ini apabila menyingkirkan skuad bimbingan jurulatih K Devan (gambar) itu pada aksi separuh akhir Piala FA, malam kelmarin selain merampas Piala Sultan Ahmad Shah pada perlawanan Sumbangsih pada awal tahun ini.

Malah kedua-dua pasukan itu turut bersaing bagi merebut kejuaraan Liga Super dengan Selangor kini mendahului liga apabila mengumpul 42 mata diikuti Kelantan di tempat kedua ketinggalan dua mata manakala Terengganu di tempat ketiga, 38 mata.

Devan yang juga pengurus Selangor pastinya tidak mahu The Red Warriors terus menjadi penghalang Red Giants untuk meraih kejuaraan liga pula.

“Kami tidak tertekan selepas kegagalan itu dan melihat tindak balas positif pemain (pada perlawanan di Kota Bharu malam kelmarin) walaupun mereka kecewa tersingkir pada saingan Piala FA.

“Saya harap pemain dapat mengalihkan tumpuan dengan fokus sepenuhnya dan konsisten ketika saingan Liga Super berbaki tujuh perlawanan lagi, empat daripadanya di gelanggang sendiri,” katanya.

Tambah pengendali berusia 50 tahun itu, Selangor mempunyai laluan lebih mudah menentang pasukan yang berada di pertengahan dan bawahan liga berbanding Kelantan dan Terengganu.

Selangor yang memburu hatrik kejuaraan Liga Super musim ini akan meneruskan perjuangan dengan berkunjung ke Kuala Terengganu menentang T-Team yang berada di pertengahan liga pada aksi yang dijadual berlangsung pada 4.45 petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena