Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, May 21, 2011

Devan nafi ada konflik (Harian Metro Online)

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KETUA jurulatih Selangor, K Devan menafikan wujud masalah dalam skuad bimbingannya selepas kecundang pada perlawanan penting menentang T-Team kelmarin.

Malah kegagalan mengutip tiga mata berharga pada perlawanan itu menyebabkan kedudukan skuad Merah Kuning di puncak Liga Super diambil alih Kelantan, pasukan yang membelasah mereka dan menang agregat 6-2 pada separuh akhir Piala FA beberapa hari sebelum itu.

“Tiada masalah wujud dalam skuad ini walaupun ada tindakan pemain yang tidak baik berlaku, ia bukanlah masalah namun mungkin kerana luahan kekecewaan secara spontan yang ditunjukkan pemain. “Malah sehingga kini tiada pemain dikenakan tindakan disiplin atau digantung. Kalau ada masalah mungkin kami tewas lebih teruk di Kota Bharu (separuh akhir kedua Piala FA), namun kami masih mampu seri pada perlawanan itu dan tewas akibat jaringan lewat kepada T-Team,” kata Devan ketika dihubungi semalam.

Jurulatih berusia 50 tahun itu berkata, punca kekalahan pasukannya kerana faktor keletihan berikutan perjalanan jauh yang terpaksa diharungi berbanding lawan yang tidak beraksi pada saingan Piala FA.

“Esok pula kami terpaksa berkunjung ke Kuantan bagi bertemu Pahang selepas beraksi di Kuala Terengganu petang kelmarin,” katanya. Namun Devan tetap melaungkan keyakinan Selangor tetap berpeluang cerah melengkapkan hatrik Liga Super musim ini walaupun sekali lagi dirampas Kelantan yang menewaskan Felda United 3-1 kelmarin.

“Mereka hanya mengatasi kami satu mata saja. Ia bukan masalah besar kerana Kelantan mempunyai baki perlawanan lebih sukar termasuk bertemu pasukan di tempat ketiga, Terengganu ,” katanya.

Selangor bagaimanapun tempang apabila bertemu Pahang di Stadium Darulmakmur selepas lima pemain utama, termasuk Mohd Hardi Jaafar, Khairul Anuar Baharom dan Mohd Amirulhadi Zainal mungkin tidak beraksi akibat kecederaan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...