Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, April 19, 2011

Norshahrul tekad jaring banyak gol (Harian Metro Online)


Oleh Mohd Nor Asri Yaacob

NORSHAHRUL Idlan Talaha yang tidak dapat beraksi bersama rakan sepasukan ketika berdepan Sabah, akibat digantung satu perlawanan, meminta supaya penyokong tidak resah dengan pencapaian Kelantan ketika ini, kerana yakin pasukan itu masih mampu bersaing sehingga mencapai kedudukan terbaik.

Norshahrul berkata, Kelantan mempunyai peluang cerah untuk terus mengejar kedudukan tiga pasukan teratas Liga Super, iaitu Selangor, Perak dan Terengganu kerana jurang perbezaan mata tidak jauh dan akan berjuang berhabis-habisan untuk memastikan kemenangan dalam setiap perlawanan seterusnya, terutama ketika menentang Perlis di Stadium Utama Negeri, malam ini.

“Saya akan cuba melakukan seberapa banyak jaringan untuk memastikan kemenangan dalam setiap perlawanan dan apa yang lebih penting ialah untuk berada di tangga teratas Liga Super pada musim ini. “Bagi perlawanan dengan Perlis, kami perlu menang untuk kembali berada di tangga teratas liga dan gol awal begitu penting untuk menaikkan semangat,” katanya ketika pada sesi latihan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.

Selain itu, Norsharul meminta rakan sepasukan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertekan selepas kegagalan Kelantan menyengat sewaktu berdepan Perak dan Sabah sebelum ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berkata, pemain pasukannya perlu bijak menggunakan peluang, sekali gus menjaringkan gol bagi mengurangkan tekanan dalam pemburuan tiga mata di tempat lawan.

Katanya, kesebelasan pemain utamanya sudah diberi tanggungjawab untuk bekerja keras bagi memastikan Kelantan tidak lagi kehilangan mata.

“Kegagalan pemain bukan saja menjejaskan minat penyokong, malah lebih bahaya jika turut memberi kesan kepada rentak permainan dan ini boleh menggugat kedudukan pasukan Kelantan.

“Pemain perlu lebih berhati-hati dan menjaga dengan lebih kemas setiap posisi yang dikawal bagi memastikan Kelantan mampu menghalang asakan jentera serangan Perlis yang pastinya mahukan kemenangan di tempat sendiri,” katanya

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena