Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, April 13, 2011

Ibrahimovic terima padah




ROM - Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic (gambar) digantung tiga perlawanan selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada penjaga garisan ketika pasukan itu menewaskan Fiorentina 2-1 pada aksi Serie A, Ahad lalu.

Hakim sukan, Gianpaolo Tosel berkata, Ibrahimovic telah menunjukkan sikap yang kurang baik terhadap individu lain dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Pemain berusia 29 tahun itu sebenarnya baru saja kembali daripada penggantungan dua perlawa- nan setelah melakukan terjahan kasar terhadap pemain Bari, Marco Rossi.

Ibrahimovic dilaporkan telah mengeluarkan kata-kata kesat itu setelah penjaga garisan membuat keputusan untuk lontaran ke dalam yang tidak berpihak kepada Milan.

Bagaimanapun, dia terus berlalu keluar padang setelah dilayangkan kad merah tanpa melakukan sebarang protes kepada pengadil.

"Saya berasa marah selepas saya kehilangan bola itu, saya menyumpah diri saya sendiri dan bukannya kepada pengadil atau penjaga garisan," katanya.

"Saya mahu memohon maaf, saya meninggalkan padang tanpa memberi sebarang reaksi.

"Saya melihat kepada penjaga garisan kerana dia berada di depan saya tetapi saya tidak berkata apa- apa kepadanya.

"Rakan sepasukan saya patut berasa marah kepada saya kerana saya (diarahkan keluar padang) ketika Fiorentina melancarkan serangan ke atas pasukan kami.

"Selain daripada itu, saya baru sahaja menamatkan tempoh penggantungan dan bukan masa yang tepat untuk diarah keluar padang.

"Tetapi saya memarahi diri sendiri kerana memperoleh satu kad merah." - AFP


--- KOSMO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena