Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 9, 2011

Zainol gesa Azizan kaji keputusan rehatkan Ahmad (Sinar Harian Online)


PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak digesa mengkaji semula keputusan merehatkan sementara jurulatih pasukan Hijau Kuning, Ahmad Yusof seperti yang diumumkan kelmarin.

Gesaan itu dibuat abang kepada jurulatih itu, Zainol Yusof yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan kenyataan Azizan yang dilihat hanya menyalahkan Ahmad sebagai punca pasukan itu kurang menyerlah pada musim ini.

Zainol yang juga bekas pemain pasukan Perak pada Liga Piala Malaysia tahun 1978 berkata, Azizan seharusnya mencontohi sikap Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mengambil pendekatan berbincang sebelum membuat sesuatu keputusan.

“Azizan tak boleh ambik tindakan drastik seperti itu dan dia tidak seharusnya mendengar desakan yang dibuat penyokong saja. Sepatutnya perkara ini harus dibawa berbincang.

“Kalau dia nak ambil tindakan, dia perlu ambil tindakan pada semua kerana bukan Ahmad seorang sahaja yang menyebabkan pasukan Kedah kecundang tetapi keseluruhan pasukan gagal mempamerkan aksi yang cemerlang sehingga menyebabkan mereka tewas,” katanya ketika ditemui Sinar Harian disini semalam.

Zainol berkata, Azizan perlu menyiasat punca sebenar yang menyebabkan persembahan skuad Kedah hambar sejak permulaan musim Liga Super dan tidak membuat keputusan terburu-buru sehingga mengaibkan seseorang yang pernah berjasa kepada pasukan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena