Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, March 12, 2011

Yob tak boleh leka (Harian Metro Online)

KETUA jurulatih Perak, Norizan Bakar tidak berani menjanjikan apa-apa melainkan kesungguhan anak buahnya apabila turun menghadapi T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.

Sambil menyifatkan perlawanan ini sebagai satu lagi ujian getir buat anak buahnya, Norizan atau lebih terkenal dengan panggilan Cikgu Jan berkata skuad Seladang perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap perlawanan ini.

Walaupun tidak menyatakannya, Norizan seperti jurulatih lain, pasti mengharapkan keputusan terbaik daripada kunjungan mereka ini yang akan menyaksikan Seladang berusaha mempertahankan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan setakat ini.

“Misi kami di Terengganu ialah bermain sebaik mungkin untuk menghasilkan keputusan memberangsangkan. Justeru pemain Perak perlu berada pada tahap terbaik untuk menghadapi cabaran pasukan tuan rumah,” katanya.

Justeru apa yang diharapkan Cikgu Jan ialah anak didiknya mampu beraksi secara konsisten kerana berdasarkan setakat ini persembahan skuad Kejor Yob Kejor juga masih ibarat yo-yo.

“Mereka mampu beraksi baik dalam satu perlawanan, tapi menurun dalam perlawanan berikutnya. Hanya selepas diberi kata-kata perangsang barulah mereka mendapat rentak semula,” katanya. Walaupun Perak tampil dengan rekod tanpa kalah untuk menghuni tangga kedua persada liga di belakang Kelantan, Norizan tidak mahu anak buahnya mendabik dada serta bersikap terlalu yakin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...