Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 9, 2011

Yakin menang (Sinar Harian Online)



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin skuad bawah 23 tahun kebangsaan mampu mencipta kemenangan pada perlawanan kedua kelayakan Olimpik di Lahore, Pakistan hari ini.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, ini berdasarkan kemampuan skuad bimbingan Ong Kim Swee membuktikan beberapa kejayaan sebelum ini.

“Saya harap mereka dapat pertahankan jaringan dan memperoleh kemenangan di sana,” katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jika Skuad Harimau Muda menang perlawanan peringkat itu, ia memberi makna bagi masa depan bola sepak negara.

“Pasukan kita perlu main sepenuh hati, jangan cepat leka dan cuba untuk dapatkan gol awal.

“Jika menang dan layak mara ke peringkat seterusnya, ia akan menjadi satu kenangan manis kepada generasi baru dan semangat untuk terus maju dalam sukan bola sepak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah berkata, pembinaan Akademi Bola Sepak di tanah seluas 80 hektar di Gambang, Pahang akan bermula pada pertengahan tahun ini dan berharap ia dapat disiapkan sebelum Sukan Malaysia (Sukma) 2012 nanti.

“Akademi canggih itu akan dilengkapi dengan 11 padang dan sebuah stadium mini,” katanya. - Bernama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena