Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 8, 2011

Wan Jamak ‘mahu’ ratah Selangor di Paroi (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Amin Jalil

2011/03/08

SELEPAS gagal mempertahankan mahkota kejuaraan Piala FA, fokus Negeri Sembilan kini terarah kepada misi merangkul kejuaraan Liga Super dan mahu menjadikan pertemuan dengan Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Sabtu ini permulaan kepada kebangkitan itu.

Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan berkata kegagalan itu tidak harus melunturkan semangat pemain sebaliknya mereka perlu menjadikannya sebagai pengajaran menaikkan kembali imej pasukan.

“Kegagalan di Piala FA tidak harus ditangisi sebaliknya setiap pemain harus menjadikan ia pembakar semangat kembali memberi persembahan cemerlang demi memastikan sasaran merangkul kejuaraan Liga Super tidak tersasar.

“Saya berharap semua pemain dalam skuad ini dapat terus bersatu hati demi mengharungi cabaran dalam Liga-M kerana ia penting untuk mengembalikan semula keyakinan dan memastikan prestasi pasukan di tahap terbaik sekali gus impian merangkul kejuaraan liga tercapai,” katanya semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan melakukan sedikit perubahan dari segi kedudukan pemain pada pertemuan dengan anak buah K Devan itu nanti berikutan segelintir pemain yang kurang cergas antaranya Irwan Fadly Idrus, dalam usaha meraih kemenangan yang diharapkan.

“Antara pemain yang mungkin terbabit dalam perubahan itu nanti ialah Mohd Shukor Adan, G Mahathevan dan Tengku Qayyum Ubaidillah kerana matlamat kita adalah untuk mencapai kemenangan bagi meletakkan pasukan pada kedudukan terbaik dalam carta liga,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...