Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, March 4, 2011

Undian Piala Dunia 30 Mac (Harian Metro Online)

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan akan mengadakan undian untuk pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 pada 30 Mac ini.

Asia sudah menetapkan perlawanan untuk pusingan awal pada Jun dan Julai berkemungkinan membabitkan negara yang mempunyai ranking rendah.

Pemenang akan menyertai pasukan yang mempunyai ranking lebih baik seperti Australia, Korea Selatan dan Jepun yang boleh mengharapkan mendapat bye untuk undian kelayakan utama yang dijalankan Fifa di Brazil pada 30 Julai.

AFC menjelaskan, Fifa akan melakukan undian untuk 20 negara yang dibahagikan kepada lima kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai empat negara. Peringkat kumpulan seterusnya akan menentukan negara mana yang bakal beraksi di Brazil.

Jawatankuasa eksekutif Fifa mengadakan mesyuarat semalam, untuk menentukan kuota kelayakan setiap ahli gabungan.

Untuk Asia, empat tempat dijamin, termasuk satu tempat daripada perlawanan penentuan. - AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...