Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 14, 2011

Terlalu gopoh punca kalah: Irfan Bakti (Sinar Harian Online)




PENGENDALI skuad Penyu, Irfan Bakti Abu Salim menegaskan pasukannya mampu memenangi perlawanan ketika bertemu Kedah jika memanfaatkan peluang terhidang.

Katanya, sekurang-kurangnya dua atau tiga gol mampu dihasilkan pada babak pertama namun kegopohan pemain di depan gawang lawan memusnahkan segala-galanya.

“Pemain gagal mengambil kesempatan dengan peluang yang dimiliki terutama pada babak pertama.

“Sikap gopoh pemain terlalu cepat menjaringkan gol sekadar menyaksikan kami tewas 1-2 kepada Kedah, malam kelmarin,” katanya.

Menurut Irfan Bakti, dia tetap berpuas hati dengan keseluruhan pasukan dan menyifatkan pemainnya bermain cantik sepanjang 90 minit permainan cuma tidak begitu gemar dengan keputusan akhir perlawanan.

“Bagi saya, mereka mempamerkan permainan bermutu, cuma saya tidak begitu suka dengan keputusan ini (merujuk kekalahan 1-2 kepada Kedah),” katanya.

Perlawanan seterusnya dihadapi Terengganu adalah melawan skuad Seladang dalam saingan bola sepak Piala FA 2011 di Stadium Perak, Ipoh, malam esok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena