Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 14, 2011

Strategi Dollah menjadi (Utusan Malaysia Online)

KUANTAN - Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menyifatkan strateginya menjadi selepas berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu Liga Super, Kelantan dengan kemenangan 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.

Strategi Dollah mengikat pergerakan penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha antara yang menjadi penyumbang utama kemenangan skuad Tok Gajah, sekali gus membolehkan pasukan itu melonjak ke tangga kelima liga.

"Kami telah melakukan persiapan sejak seminggu lalu untuk memastikan Pahang mampu mengalahkan Kelantan yang sedang mendahului Liga Super.

"Dari aspek perancangan, pemain-pemain saya berusaha mengikat Norshahrul habis-habisan dan ia dilihat menjadi, apabila pemain Kelantan buntu serta tidak mampu untuk menyerlah," ujar Dollah.

Menurut Dollah, pemain Pahang berhati-hati terutama pada babak kedua berbanding pada separuh masa pertama.

"Apabila kami mendahului 1-0 menerusi R. Surendran, pemain mungkin takut gawang akan dibolosi menyebabkan mereka lebih berhati-hati dan bertahan pada babak kedua. Dalam keadaan itu pun, kita masih boleh menambah jaringan menerusi serangan balas Mohd. Faizol Hussin sebelum mengakhiri perlawanan dengan keputusan 2-0," katanya.

Kata Dollah, kemenangan ke atas Red Warriors berjaya meningkatkan moral pemainnya untuk mengharungi perlawanan berikutnya.

"Nampaknya hasil yang diperoleh Pahang amat berbaloi. Moral kami ketika ini meningkat mendadak.

"Saya telah lihat kebangkitan Pahang pada dua tiga perlawanan sebelum ini.

"Saya percaya kami boleh meneruskan kemaraan jika pemain memiliki semangat juang yang konsisten," tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...