Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 9, 2011

Skuad kebangsaan dikawal ketat (Kosmo Online)




SKUAD Olimpik kebangsaan lega kerana dapat memberi tumpuan penuh menjelang aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 bertemu Pakistan di Stadium Punjab, Lahore malam ini.

Ini kerana, sebaik tiba di Lahore awal pagi semalam, barisan 18 pemain negara berserta 10 pegawai telah diberi kawalan ketat.

Ia termasuklah kawalan oleh anggota keselamatan yang lengkap dengan senapang AK-47 di sekeliling hotel penginapan mereka, Hotel Park Plaza.

Jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee berkata, semua pemain tidak dibe- narkan keluar dari hotel terbabit oleh pihak keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Tiada masalah sangat sepanjang perjalanan ke sini (Lahore). Semuanya berjalan lancar. Cuma kawalan keselamatan agak ketat dengan pemain tidak dibenarkan berada di luar kawasan hotel.

“Selain itu, seramai 10 hingga 15 anggota keselamatan dilihat berkawal sepanjang masa sambil memegang AK-47 di sekeliling kawasan hotel,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Lahore petang semalam.

Setelah menjalani latihan ringan berhampiran kolam renang di hotel pada sebelah pagi semalam, skuad negara mengadakan latihan bagi menguji padang di Stadium Punjab malam tadi.

“Semua pemain nampaknya mendapat cukup rehat sepanjang hari ini (semalam). Saya percaya para pemain sudah bersedia untuk turun menghadapi Pakistan esok (malam ini) tanpa sebarang masalah,” jelas Kim Swee.

Malaysia menang 2-0 ke atas Pakistan pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu menerusi jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Irfan Fazail.

Bagi mengukuhkan kedudukan, Malaysia perlu mencari gol awal malam ini dan jika berjaya mendahului 1-0, Pakistan pasti lebih tertekan kerana mereka perlu membalas empat gol berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan.

KESEBELASAN KEMUNGKINAN MALAYSIA:

Khairul Fahmi Che Mat (kapten), Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Fandi Othman, Irfan Fazail, Ahmad Fakri Saarani.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena