Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 14, 2011

Selangor tidak ambil mudah (Kosmo Online)


PENYERANG Negeri Sembilan, Ahmad Fakri Saarani (depan) diasak pertahanan Selangor, Razman Roslan pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.


KEMENANGAN 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam kelmarin membolehkan Selangor kini berkongsi 14 mata dengan Kelantan dan Felda United.

Namun, Selangor yang memburu kejuaraan hatrik Liga Super musim ini terpaksa berpuas hati di tangga ketiga dengan Kelantan di tangga teratas dan Felda United di tangga kedua berdasarkan perbezaan gol.

Memandangkan perlawanan kelapan Liga Super menentang Pahang di Stadium Shah Alam hanya akan berlangsung tiga minggu lagi iaitu pada 2 April depan, Selangor kini mengalihkan seketika tumpuan terhadap saingan Piala FA.

Selangor bakal bertemu Johor di Stadium Shah Alam malam esok untuk suku akhir pertama Piala FA sebelum bertandang pula ke Larkin Sabtu ini untuk aksi kedua.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau tidak mahu para pemain leka dengan kejayaan menewaskan Negeri Sembilan kelmarin dan mengambil mudah pertemuan dengan Johor esok.

"Jangan pandang mudah cabaran Johor biarpun mereka ketika ini menduduki tangga kesembilan Liga Premier. Kami perlu cari bekalan selesa pada aksi pertama ini untuk dibawa ke Larkin.

"Saya mahu para pemain beri tumpuan sepenuhnya jika kita mahu layak ke separuh akhir bertemu sama ada Kelantan atau Felda United," kata Hamidin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya peluang Selangor untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super, Hamidin berkata, skuad bimbingan K. Devan itu kini sudah kembali ke landasan sebenar biarpun prestasi pada awal musim kurang memberangsangkan.

"Selepas perlawanan ketujuh, kami berjaya mengutip sama mata dengan pasukan di tangga teratas (Kelantan). Jadi saya anggap kami belum terlewat untuk memberikan saingan.

"Tetapi bermula April, banyak lagi perlawanan akan berlangsung dan saya jangka persaingan merebut kejuaraan musim ini lebih sengit berbanding dua musim sebelum ini," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, bekas penyerang Selangor, Safee Sali gagal menjaringkan gol ketika pasukannya, Pelita Jaya tewas 1-2 kepada Persib Bandung pada aksi Liga Super Indonesia (ISL) malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...