Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 3, 2011

Selangor kembali gah (Harian Metro Online)

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

WALAUPUN mempamerkan aksi tidak konsisten pada peringkat awal Liga Super dengan hanya mencatatkan tiga kemenangan daripada enam perlawanan, ia tidak mematahkan semangat pemain Selangor untuk terus berjuang mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu.

Kelmarin, skuad kendalian ketua jurulatih K Devan itu kembali mencatatkan kemenangan apabila menjinakkan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam selepas sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Johor FC beberapa hari sebelum itu Selangor kini di tangga keempat dengan 11 mata, ketinggalan tiga mata berbanding pendahulu liga dan juara Piala Sultan Ahmad Shah musim ini, Kelantan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah daripada enam perlawanan liga setakat ini.

Bagi kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah peluang mempertahankan kejuaraan masih terbuka luas namun bukan tugas mudah kerana selepas ini mereka tidak boleh melepaskan sebarang mata bagi mengelakkan terus tercicir.

“Saya harap semua pemain memberikan komitmen tinggi untuk meraih kemenangan pada setiap perlawanan bagi memudahkan tugas untuk mengejar pendahulu liga selain perlu berwaspada dengan beberapa pasukan lain yang sudah mempamerkan peningkatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...