Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 16, 2011

Selangor buru bekalan selesa (Kosmo Online)


DEVAN (kiri) bakal menurunkan dua atau tiga pemain baru dalam kesebelasan Selangor pada aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Johor di Stadium Shah Alam malam ini.


SELANGOR berhajat untuk mencatat kemenangan besar ke atas pasukan Liga Premier, Johor pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini.

Ia bagi membolehkan Selangor memiliki bekalan selesa pada aksi kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada Sabtu ini dan seterusnya mara ke separuh akhir bertemu sama ada Kelantan atau pun Felda United.

Pengurus merangkap ketua jurulatih Selangor, K. Devan berkata, dia tetap akan menurunkan kesebelasan utama terkuat kecuali berkemungkinan menyelitkan beberapa pemain simpanan.

“Memang bercadang untuk bawa masuk dua atau tiga pemain baru bagi memberi kesegaran dalam kesebelasan pasukan bagi menghadapi Johor.

“Mungkin saya akan cuba Asraruddin Putra Omar, Fitri Shazwan Raduwan atau Rudie Ramli.

“Ini kerana Fadzli Saari dan Khairul Anuar Baharom mengalami sedikit kecederaan manakala D. Surendran dan Bunyamin Umar masih belum pulih sepenuhnya,” kata Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selangor yang mendapat bye pusingan pertama telah menewaskan Harimau Muda B 2-1 pada aksi pusingan kedua manakala Johor pula menundukkan Harimau Muda A 2-1.

Jelas Devan, tiada alasan sebenarnya untuk Selangor gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri malam ini.

“Kami tak pandang rendah kemampuan Johor tetapi di atas kertas, kita lebih baik berbanding pasukan lawan.

“Saya harap para pemain dapat beraksi dengan baik supaya kita dapat mencatat kemenangan selesa dan fokus ke separuh akhir,” tegas Devan.

Sabtu lalu, jaringan Amri Yahyah dan Safiq Rahim membantu Selangor menundukkan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi ketujuh Liga Super di Paroi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena