Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 14, 2011

Selangor beri tekanan (Sinar Harian Online)

TIDAK mudah menyerah kalah. Itulah resipi kejayaan Selangor setelah bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Negeri Sembilan 2-1 pada aksi Liga Super di Paroi, kelmarin.

Pasukan Merah Kuning dikejutkan gol pembukaan tuan rumah menerusi penalti disudahkan Shahurain Abu Samah sebelum juara Piala Malaysia 33 kali itu tampil bergaya pada babak kedua hasil jaringan Amri Yahyah dan Safiq Rahim.

Jurulatihnya, K Devan berkata, permainan anak buahnya kurang menjadi dan sukar bagi pemainnya mempamerkan permainan sebenar terutama pada babak pertama.

Katanya, pemainnya kerap memberi peluang kepada skuad Rusa sehingga berjaya mencipta beberapa gerakan berbahaya di depan gawang Selangor.

“Saya akui pemain tidak bermain baik pada babak dan jaringan awal mereka membuatkan permainan kami tidak begitu tersusun.

“Pada babak kedua, saya melakukan sedikit perubahan posisi dan hasilnya positif. Jaringan Amri dan Safiq memberikan kemenangan selesa buat kami,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan penjaga gawangnya, Iqbal Suhaimi menjatuhkan S Kunalan dalam petak penalti, Devan berkata, dia tidak sepatutnya melakukan terjahan sedemikian.

“Tindakan Iqbal melakukan kekasaran kepada Kunalan tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi berlaku dalam kawasan kotak penalti,” katanya.

Selangor kini berkongsi 14 mata dengan pasukan Kelantan dan Felda United, namun berpuas hati di kedudukan ketiga setelah dibezakan dengan jumlah jaringan.

Esok, Selangor bakal bertemu pasukan dari Liga Perdana, Johor pada saingan suku akhir pertama Piala FA di Shah Alam dan Devan berkeinginan mencari bekalan selesa sebelum bermain di Johor Bahru, Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...