Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 16, 2011

Selangor bawa bekalan selesa ke Larkin (Berita Harian Online)

Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2011/03/16
SELANGOR meraih bekalan agak selesa bertandang ke Larkin, Sabtu ini apabila menewaskan Johor 3-1 dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Rudie Ramli yang diturunkan selaku penyerang menggantikan Mohd Fadzli Saari yang cedera ketika perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan Sabtu lalu, tidak menghampakan tuan rumah apabila menyumbang satu gol manakala dua lagi gol masing-masing dihasilkan Mohd Hardi Jaafar dan kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah.

Babak pertama permainan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang namun buntu untuk menghasilkan gol.

Pelawat lebih dulu menguji gawang tuan rumah pada minit kesembilan menerusi rembatan Norizam Salaman namun percubaannya tepat ke dakapan penjaga gol, Mohd Iqbal Mohd Suhimi.

Seminit kemudian, Selangor mencemaskan gawang mereka apabila percubaan Amri terkena palang sebelum gawang pelawat sekali lagi bergegar hasil percubaan Hardi pada minit terakhir babak pertama.

Empat minit permainan bersambung di babak kedua, Selangor berjaya memecah kebuntuan apabila Hardi yang menerima umpanan Amri berjaya menggelecek tiga pertahanan lawan sebelum menguis bola menewaskan penjaga gol Johor, Mohd Amirul Abu Seman.

Gol itu menyemarakkan anak buah K Devan dan minit ke-55, mereka menambah satu lagi gol jaringan Rudie hasil hantaran lintang Azidan Sarudin, sebelum Amri menambah derita pelawat dengan gol ketiga pada minit ke-71 hasil larian solo.
Usaha pelawat mencari gol bagaimanapun berhasil apabila meraih gol sagu hati pada minit ke-78 menerusi Mohd Alif Mohd Yusof.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...