Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 7, 2011

Seladang harap sokongan peminat (Harian Metro Online)

JANGAN pilih perlawanan sebaliknya Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Khairul Azwan Harun (gambar) berharap peminat Seladang hadir beramai-ramai pada setiap perlawananan Liga M 2010 untuk menyemarak sokongan pada pasukan tuan rumah.

Walaupun kehadiran penyokong menunjukkan peningkatan setakat ini, Khairul Azwan berkata, peminat memilih datang ke stadium berdasarkan pencabar ditemui.

Purata 6,000 penyokong menyaksikan empat perlawanan termasuk yang terbaru menentang Sime Darby pada saingan Piala FA.

Katanya, kehadiran paling ramai ialah ketika Perak bertemu bekas juara Piala FA, Negeri Sembilan pada 12 Februari lalu tetapi jumlah itu berkurangan ketika pertemuan dengan Harimau Muda pada 1 Mac lalu.

“Kehadiran penonton setakat ini memberangsangkan tetapi belum cukup bagus. Kami harap lebih ramai akan datang menyokong pasukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengurus pasukan Kejor Yob Kejor menyeru peminat hadir beramai-ramai pada setiap perlawanan tanpa mengira siapa pencabar Perak agar dapat menyemarak semangat pasukan.

“Jangan pilih perlawanan. Saya harap peminat hadir beramai-ramai pada setiap perlawanan. Pasukan memerlukan sokongan mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...