Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 8, 2011

Sedia berdepan provokasi (Utusan Malaysia Online)


Ong Kim Swee bersama skuad negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam sebelum berlepas ke Lahore untuk kelayakan Olimpik menentang Pakistan pada aksi kedua, esok.


SEPANG - Kekuatan mental dan strategi yang kukuh menjadi bekalan utama buat skuad negara apabila berkunjung ke Lahore untuk aksi kedua kelayakan Olimpik menentang Pakistan, esok.

Malah, jurulatih Ong Kim Swee juga seolah-olah menyedari layanan kurang selesa bakal diberikan skuad Olimpik Pakistan selain provokasi sebelum dan semasa perlawanan oleh tuan rumah untuk memberi tekanan kepada pemain negara.

Katanya, semua bentuk provokasi tersebut mampu dihadapi oleh pemain-pemain negara kerana mereka bersikap profesional dalam menghadapi situasi sebegini di samping mempunyai sifat kesabaran yang tinggi.

''Antara bentuk provokasi yang saya jangkakan ialah taktik permainan kotor, sorakan penonton tuan rumah serta mungkin dari aspek padang atau pemakanan yang kurang selesa.

''Saya beritahu pemain agar bersedia untuk menghadapi perkara ini. Ada di kalangan pemain kita yang telah mempunyai pengalaman dalam situasi sebegini yang dan saya yakin dengan (kemampuan) mereka,'' katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Lahore Pakistan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Dalam pada itu, Kim Swee juga percaya skuad Olimpik Pakistan akan mengunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di tempat sendiri, esok bagi menebus kekalahan di Stadium Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Tambahnya, beberapa strategi telah dirancang untuk perlawanan itu nanti, malah akan cuba memperkukuhkan bahagian serangan serta meningkatkan keupayaan bahagian tengah yang bakal menggunakan khidmat gandingan Mohamad Muslim Ahmad dan Nazirul Naim Che Hashim.

Melihat daripada 18 senarai pemain Skuad Olimpik negara ke Lahore, Kim Swee dijangka lebih banyak mengunakan khidmat bahagian serangan apabila memanggil dua penyerang Harimau Muda A, A. Thamil Arasu, dan Syahrul Azwari.

''Kali ini corak dan strategi yang akan kita gunakan adalah berbeza dengan perlawanan pertama kerana matlamat kita berkunjung ke Lahore adalah untuk mendapatkan kemenangan.

''Pada perlawanan pertama di Shah Alam, bulan lalu kita dapat lihat pada separuh masa kedua Pakistan lebih banyak melengah-lengahkan masa dan bagi saya tujuan mereka melakukan sedemikian adalah untuk mengelakkan kita menambah jaringan selain mahu mengatasi dua gol yang kita perolehi itu,'' jelas Kim Swee.

Pasukan negara akan menjalani latihan pertama di Stadium Punjab, Lahore pada hari ini sebelum beraksi menentang Pakistan esok dalam cuaca 10 hingga 15 darjah Celsius.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena