Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 8, 2011

Redknapp harap Bale sempat cergas lawan Milan (Berita Harian Online)

2011/03/08

WOLVERHAMPTON: Harry Redknapp berharap Gareth Bale akan cergas untuk perlawanan kedua Liga Juara-Juara Tottenham Hotspur menentang AC Milan selepas pemain sayap Wales itu mengalami kekejangan pangkal paha ketika seri
3-3 di Wolves.

Bale masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua di Molineux kelmarin untuk penampilan pertamanya dalam tempoh enam minggu selepas masalah belakang tetapi Redknapp mendedahkan dia menamatkan perlawanan kelmarin dengan mengalami masalah kekejangan pangkal paha. Dengan pendahulu Liga Itali itu bertandang ke White Hart Lane awal pagi Rabu ini dengan matlamat mengubah defisit 1-0 pada perlawanan pertama, Redknapp mengetahui kehadiran Bale dalam pasukannya akan menjadi penyemarak penting kepada peluang Tottenham untuk mara ke suku akhir.

Bekas pemain Southampton itu mempamerkan aksi memberangsangkan pada dua pertemuan Tottenham dengan Inter Milan di peringkat kumpulan sebelum ini dan Redknapp berharap dia akan cergas untuk diturunkan.

“Apabila Gareth masuk padang dan mula berlari dengan bola, ia menarik. Kami rindu untuk melihat aksi seperti itu sejak lima atau enam minggu lalu,” kata Redknapp.

“Diharap dia akan cergas untuk perlawanan menentang Milan dan dia tampak dalam keadaan baik selepas perlawanan itu. Dia hanya merasakan pergerakan di padang agak berat dan kekejangan pangkal pahanya agak terasa.” - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena