Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 13, 2011

Red Warriors kalah mengejut (Sinar Harian Online)

KUANTAN – Rekod tanpa kalah Kelantan akhirnya lebur pada perlawanan ketujuh malam tadi, apabila tewas 0-2 kepada Pahang pada saingan bola sepak Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

Dua gol masing-masing pada penghujung babak pertama dan kedua menerusi jaringan R Surendran dan Mohd Faizol Hussin sudah cukup untuk membolehkan pasukan kendalian Dollah Salleh itu meraih tiga mata berharga di hadapan penyokong sendiri.

Bagaimanapun, beraksi di hadapan hampir 10,000 penyokong, kedua-dua pasukan menyajikan corak permainan menghiburkan dengan aksi berbalas serangan pada separuh masa pertama.

Empat kad kuning dilayangkan pengadil, Lismotia Mohem Mohd Tisa pada separuh masa pertama masing-masing dua kepada pemain Kelantan iaitu S Chanturu dan Mohd Daudsu Jamaludin sementara pemain Pahang pula iaitu Mohd Fazli Baharudin dan Mohd Munir Amran.

Penyerang muda Pahang yang sedang meningkat, Famirul Asraf Sayuti hampir meletakkan pasukannya mendahului pada m-13, namun rembatannya sedikit tersasar daripada pintu gol Kelantan.

Pada m-43, Pahang memperolehi gol pertama mereka menerusi jaringan R Surendran. Bermula hantaran lintang Azamuddin Mohd Akil daripada sebelah kanan pintu gol Kelantan, Surendran pantas menanduk masuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk memastikan Pahang mendahului 1-0 sebelum separuh masa pertama berakhir.

Tiga minit babak kedua bersambung, penyerang Kelantan, S Chanturu berjaya menjaringkan gol untuk Kelantan namun pengadil perlawanan membatalkannya setelah dia dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Penyerang lincah Pahang, R Surendran turut mempunyai dua peluang terbaik untuk menjarakkan kedudukan bagi pasukannya pada m-50 dan 51 perlawanan tetapi rembatannya sedikit tersasar daripada pintu gol Kelantan.

Ketinggalan satu gol, jelas tekanan menghantui pasukan Kelantan dalam usaha mereka mencari gol penyamaan.

Pengendali pasukan, Datuk M Karathu terpaksa mengeluarkan Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi dan memasukkan Mohd Nizab Ayub bagi menambahkan sengat dijentera serangan.

Kelantan sekali lagi turut mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada m-60 namun rembatan S Chanturu ditepis keluar penjaga gol Pahang, Mohd Suffian Abdul Rahman.

Pada minit akhir perlawanan, pemain gantian Pahang, Mohd Faizol Hussin menambah derita pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kedua pasukannya seterusnya melengkapkan kejayaan gemilang pasukan Tok Gajah meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan dalam saingan liga setakat ini.



Kesebelasan utama pemain:

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya (Wan Rohaimi Wan Ismail), Danial Fadzly Abdullah (Solehin Kanasian Abdullah), Muhd Badhri Radzi (KP) (Mohd Nizab Ayub), Mohd Shakir Shaari, S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2:

PAHANG : :Mohd Suffian Abdul Rahman, Mohd Munir Amran (Mohd Fadzirul Zakaria), Jalalludin Abu Jaafar (KP), Mohd Saiful Nizam Miswan (Mohd Hazri Rozali), Zaiza Zainal Abidin, R Surendran, Mohd Fazli Baharudin, Mohd Shahrizan Salleh, Azammuddin Mohd Akil, R Surendran (Mohd Faizol Hussin) dan Famirul Asraf Sayuti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...