Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 16, 2011

'Red Warriors cari semula naluri pemusnah' (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Fitrie Muhamad
bhsukan@bharian.com
2011/03/15

PERLAWANAN suku akhir pertama Piala FA menentang pasukan berstatus kelab, FELDA United FC menjadi titik tolak kebangkitan Kelantan selepas mengalami kekalahan pertama Liga Super kepada Pahang, Sabtu lalu.

Ketua jurulatih, Datuk M Karathu berkata, setiap pemain perlu melupakan kekalahan dan mencari semula naluri pemusnah bagi mengembali semula rentak kemenangan.
“Pemain tidak boleh mensia-siakan peluang kerana jaringan akan menjadi bekalan pada perlawanan timbal balik 18 Mac depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dia mahu pemain menunjukkan permainan kemas tetapi berwaspada apabila berdepan pasukan berstatus kelab itu pada pertemuan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV di Kota Bharu, malam ini.

“Semua pemain tidak boleh memandang rendah keupayaan FELDA United kerana mereka turut dianggotai pemain berpengalaman. Walaupun saya tidak pernah melihat aksi mereka, tetapi selepas tujuh perlawanan Liga Super, FELDA banyak meningkat,” katanya merujuk kepada skuad bimbingan E Elavarasan.

Karathu berkata, setiap pemain perlu bijak mencari peluang dan tidak tidak terlalu bergantung kepada penyerang Norshahrul Idlan Talaha untuk menjaringkan gol.

“Sudah pasti pertahanan lawan akan merantai pergerakan Norshahrul, sebab itulah pemain posisi lain juga harus bijak menghidu peluang,” kata Karathu.
Sementara itu, pengurus Azman Ibrahim berkata, mental pemain perlu kuat dan segera melupakan kekalahan kepada skuad Tok Gajah Sabtu lalu.

“Pemain perlu ada rasa bertanggungjawab terhadap kekalahan itu. Jadikannya sebagai pengajaran terbaik untuk meningkatkan prestasi pasukan musim ini,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...