Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 16, 2011

Prestasi merudum bukan faktor sabotaj (Sinar Harian Online)

SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib menolak sebarang dakwaan prestasi hambar Skuad Kenari disebabkan ketidakpuasan hati pemain terhadap pengurusan.

Menurutnya, masalah itu tidak timbul kerana setakat ini hubungan antara pemain, jurulatih dan pengurusan KFA adalah baik, gaji dan kebajikan pemain tidak pernah diabaikan.

“Saya yakin tiada unsur sabotaj oleh pemain atau tidak beri komitmen dalam permainan sebagai tanda protes kepada pengurusan KFA.

“Pemain tidak pernah membangkitkan sebarang isu tidak memuaskan hati mereka,” katanya, ketika ditemui pada majlis ramah mesra bekas pemain dan pemain Liga Super di lobi Stadium Darul Aman.

Hamdan berkata, semua pemain sentiasa dipantau dari semua aspek, termasuk cubaan mana-mana pihak yang mahu mencemari pasukan dengan unsur rasuah.

“Kita sudah teliti dan buat siasatan, hasilnya tiada pemain Kedah disabitkan dengan rasuah sepanjang musim ini.

“Walaupun pemain bersih daripada gejala itu, namun kita tetap buat pemantauan ketat supaya mereka tidak terjebak,” katanya.

Menurutnya, bagi mengembalikan semangat pemain yang sedikit terjejas berikutan prestasi merudum dan pada masa sama kehilangan jurulatih, Ahmad Yusuf, KFA mengambil keputusan mengadakan program motivasi kepada pemain.

“Pemangku jurulatih, Radhi Mat Din sudah mengadakan pertemuan dengan pemain supaya dapat mencetuskan kembali semangat mereka.

“Esok KFA akan mengadakan mesyuarat membincangkan mengenai kemenangan pasukan dan kedudukan jurulatih,” katanya.

Hamdan meminta penyokong lebih bersikap positif, dan tidak memberi tekanan kepada pemain, sebaliknya bersabar supaya anak buah Ahmad itu mampu kembali kepada prestasi sebenar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...