Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, March 4, 2011

Piala FA: Slot ke suku akhir seimbang (Sinar Harian Online)


SUASANA Liga Malaysia 2011 kembali dirancakkan dengan membabitkan tujuh lagi perlawanan pusingan kedua Piala FA berlangsung malam ini.

Penyandang juara, Negeri Sembilan menanti kunjungan Kuala Lumpur (KL) di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan itu pastinya segera melupakan kekalahan memalukan kepada Kelantan dalam saingan Liga Super, Selasa lalu.

Di atas kertas, segala-galanya tampak mudah buat pasukan Hoben Jang Hoben, namun mereka harus berwaspada dengan kekuatan pemain :muda KL.

Naib juara Piala FA tahun lalu, Kedah mendapat bye pada pusingan pertama berhadapan Felda United di Stadium Darul Aman. Permulaan kempen anak buah Ahmad Yusof sedikit hambar namun mereka kembali diperkuat dengan pemain utama dalam pasukan.

Terpulang kepada kebijaksanaan Ahmad Yusof mengatur pemainnya sekali gus mengembalikan Sang Kenari sebagai pasukan yang perlu dihormati lawan, musim ini.

Pendahulu semasa Liga Super, Kelantan dijangka membuat perseteruan dengan pasukan berstatus kelab, Johor FC. Barisan didikan Datuk M Karathu itu masih belum tewas pada aksi liga dan wakil dari Selatan itu semestinya menjanjikan kejutan di Stadium JCORP, Pasir Gudang.

Juara lima kali kejohanan ini, Selangor diramal tidak menghadapi masalah menjinakkan pasukan dari Liga Perdana, Harimau Muda B di Stadium Shah Alam. Dibarisi pemain berpengalaman dan kebangsaan, K Devan memiliki banyak pilihan menyenaraikan pertemuan itu nanti.

Satu lagi wakil Liga Perdana, PKNS menanti kehadiran Pahang di Stadium MBPJ. Rekod bersih lima kemenangan berturut-turut dalam liga menjadi nadi kekuatan pengendalinya, Abdul Rahman Ibrahim memusnahkan Tok Gajah, malam ini.

Sementara itu, Perak berdepan Sime Darby di Stadium Ipoh Perak manakala ATM melawan Terengganu di Stadium Selayang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...