Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 10, 2011

Perlis resah lawan Felda (Harian Metro Online)

PERLIS yang bertandang ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras untuk berdepan juara Liga Perdana musim lalu, KL Felda United pada saingan Liga Super, Sabtu ini bakal kehilangan khidmat beberapa pemain utama.

Antara pemain yang pasti diketepikan ialah ketua pasukan, Azmizi Azmi dan tonggak pertahanan kanan, Mohd Hafiszuan Salehudin.

Kelibat kedua-dua pemain utama itu terpaksa diketepikan daripada senarai pemain kerana digantung satu permainan.

Azmizi mengumpul tiga kad kuning manakala rakannya, Mohd Hafiszuan dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada perlawanan menentang Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Utama, Kangar, 1 Mac lalu.

“Saya percaya walaupun pasukan kehilangan beberapa pemain utama, semangat dan fokus rakan sepasukan untuk memburu kemenangan pertama menentang KL Felda United di Cheras, Sabtu ini tetap tinggi,” kata Azmizi.

Beliau berkata, sungguhpun prestasi pasukan kurang memberangsangkan apabila hanya seri dua kali seri selepas mengharungi enam perlawanan Liga Super, mereka tetap mahu memburu kemenangan pertama berdepan KL Felda United.

Menurutnya, biarpun keputusan perlawanan Liga Super dan Piala FA, sebelum ini menyaksikan skuad Singa Utara masih kempunan mencatat kemenangan, ianya tidak sesekali melemahkan semangat pasukan.

Malah, katanya, pasukan sebaliknya berazam mahu memastikan keputusan perlawanan menyebelahi mereka.

“Kami akui lawan diakui cukup kuat, mantap dan memiliki barisan pemain hebat serta berpengalaman.

“Felda United bertanggungjawab menyingkirkan Perlis pada saingan pusingan pertama Piala FA di Kangar, 19 Februari lalu,” kata bekas ketua pasukan Piala Presiden Perlis itu.

Azmizi yang lebih mesra dengan panggilan `Tibor’ di kalangan rakan sepasukan berkata, keseluruhan persembahan pasukan tidak mengecewakan kerana mempamerkan banyak peningkatan tapi hingga kini gagal merealisasikan impian mencatat kejayaan.

“Jika sebelum ini, tindakan penyudah barisan serangan kurang tajam sekali gus menyukarkan pasukan mencipta kejayaan, saya percaya kini ianya semakin baik dan meyakinkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...