Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 14, 2011

Penyerang Perak perlu lebih menyengat (Harian Metro Online)

Oleh Azizan Hashim
sukan@hmetro.com.my

JENTERA serangan Perak perlu lebih menyengat jika bercita-cita untuk menjadi antara pasukan elit dalam kancah bola sepak Liga Super 2011.

Purata satu gol satu perlawanan setakat ini jelas belum cukup. Malah penyudah lemah menyaksikan anak buah Norizan Bakar berada di tempat keempat liga selepas dipintas Felda United dan Selangor.

Justeru ketua jurulatih Perak itu menggesa jentera serangannya supaya tidak mensia-siakan banyak peluang yang dicipta agar Perak meraih mata penuh untuk mengukuhkan kedudukan.

“Kita mampu mencipta peluang tetapi kadar jaringan agak rendah. Pemain perlu menterjemahkan setiap peluang yang diperolehi menjadi gol,”katanya.

Norizan berkata, dia hanya boleh berusaha untuk mengasah dan ,menggilap penyerang-penyerangnya tetapi terpulang kepada mereka untuk melakukan penyudah baik semasa perlawanan.

“Tidak ada apa yang boleh saya lakukan kecuali mengingatkan pemain tentang keperluan menjaringkan gol untuk memenangi perlawanan,” katanya mengulas keputusan seri 0-0 dengan T-Team di Kuala Terengganu, malam kelmarin. Keputusan itu turut menyaksikan Perak melakar sejarah sendiri apabila muncul pasukan tunggal mampu mempertahankan rekod tanpa kalah setakat ini berikutan kekalahan Kelantan di tangan Pahang di Kuantan. Mengenai pertemuan dengan T-Team itu, Norizan berpuas hati dengan keupayaan pemain pulang dengan satu mata.

“Satu mata lebih baik daripada tiada langsung. Pemain perlu terus berusaha untuk memperbaiki pencapaian mereka dalam perlawanan mendatang,”katanya.

Sehubungan itu, jurulatih itu berharap anak buahnya melupakan segera apa yang berlaku sebaliknya bersedia menghadapi aksi suku akhir Piala FA menentang Terengganu di Ipoh, malam esok.

“Ini perlawanan penting. Saya yakin kedua-dua pasukan mengintai peluang untuk mara ke separuh akhir. Saya menjangkakan pertarungan sengit dan menarik,”katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...