Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, March 12, 2011

Pemain NS perlu agresif (Harian Metro Online)

SELEPAS dikecewakan Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA minggu lalu, pemain Negeri Sembilan dituntut bangkit daripada persembahan hambar kepada lebih agresif apabila menentang Selangor dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, berkata hanya persembahan cemerlang dan kemenangan mampu mengembalikan semula imej pasukan, sekali gus memperbaiki kedudukan carta liga.

Menurutnya, pemain tidak boleh lagi mensia-siakan kelebihan yang ada kerana kemenangan ke atas Selangor amat penting dalam memberikan gambaran sebenar mengenai keupayaan pasukan musim ini.

“Saya amat berharap setiap pemain yang diberikan tanggungjawab malam esok (ini) berusaha memberikan persembahan bertenaga demi memastikan kemenangan.

“Sekalipun lawan mempunyai reputasi tersendiri, pemain Negeri Sembilan tidak boleh lemah semangat dan terlalu menghormati Selangor, sebaliknya mereka perlu terus memberikan fokus dan dalam masa sama tidak melakukan kesilapan mudah yang mengundang padah.

“Saya harap tugas berdepan Selangor dapat digalas sebaik mungkin setiap pemain kerana saya mahu mereka bertindak bijak memanfaatkan peluang,” katanya semalam. Selepas mengharungi enam perlawanan Liga Super, Negeri Sembilan hanya mampu meraih tiga kemenangan sekali gus membuatkan skuad Hoben Jang Hoben sedikit tertekan, tambahan pula selepas kegagalan mereka mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila disingkirkan Kuala Lumpur.

Bekas pengendali kebangsaan itu juga mengesahkan pertahanan kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (gambar) tidak dapat beraksi kerana sudah mengumpul tiga kad kuning namun yakin ia tidak menjejaskan kekuatan pasukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...