Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 3, 2011

PBNS nafi protes punca kalah (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
2011/03/03

 PENYERANG Kelantan, Mohd Ramzul Zahini terjatuh apabila diasak oleh pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan  (kanan) pada pertemuan Liga Super, kelmarin.
PENYERANG Kelantan, Mohd Ramzul Zahini terjatuh apabila diasak oleh pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan (kanan) pada pertemuan Liga Super, kelmarin.

Aksi hambar NS lebih terarah kepada soal kecederaan pemain: Mohamad

PENGURUSAN skuad Negeri Sembilan menafikan kekalahan kepada Kelantan dalam Liga Super, kelmarin tiada kaitan dengan masalah dalaman atau pun tindakan protes pemain, sebaliknya lebih terarah kepada soal kecederaan.

Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebahagian besar pemain dalam senarai kecederaan belum cergas dan ia mencetus masalah membariskan pemain terbaik.“Kami belum dapat menurunkan kesebelasan terbaik kerana beberapa pemain dalam proses pemulihan termasuk Mohd Zaquan Adha (Abdul Radzak) dan Norhafiz Zamani (Misbah).

“Apapun, terlalu awal untuk membuat penilaian keseluruhan skuad kerana saingan masih di peringkat awal dan tidak wajar cepat membuat kesimpulan,” katanya, semalam.

Selepas mengharungi enam perlawanan Liga Super, Negeri Sembilan dibimbing Wan Jamak Wan Hassan mencatat tiga kemenangan iaitu menewaskan Harimau Muda A, T-Team dan Sabah serta tewas tiga kali kepada Perak, FELDA United dan terbaru Kelantan.

Mohamad berkata, pihaknya yakin kekuatan Negeri Sembilan akan terserlah apabila semua pemain utama bebas daripada belenggu kecederaan dan cergas untuk diturunkan, sekali gus mampu membawa kejayaan seperti diharapkan.

Menurutnya, jentera pasukan akan dimantapkan untuk mengharungi cabaran seterusnya termasuk saingan Piala FA bertemu Kuala Lumpur, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...