Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, March 13, 2011

Pahang lebur rekod Kelantan (Utusan Malaysia Online)


PENJAGA gol Kelantan, Mohd. Khairul Fahmi Che Mat tewas gagal menghalang tandukan pemain Pahang, R. Surendran pada perlawanan Liga Super a di Stadium Darul Makmur, Kuantan.


KUALA LUMPUR – Rekod tanpa kalah pendahulu Liga Super, Kelantan akhirnya lebur di tangan pasukan jiran, Pahang selepas tumpas 2-0 di Stadium Darul Makmur, semalam.

Tok Gajah yang langsung tidak diberi sebarang harapan untuk mengalahkan Red Warrios mengejutkan pelawat dengan memberi tentangan sengit kepada anak-anak buah Datuk M. Karathu.

Hasilnya, penyerang Pahang, R. Surendran menggegar gawang Kelantan dengan tandukan cantik pada minit ke-43 bagi meletakkan tuan rumah di depan sebelum separuh masa pertama tamat.

Mohd. Faizol Hussin melengkapkan kemenangan bergaya Pahang apabila rembatannya pada penghujung perlawanan gagal memastikan Kelantan balik ke Kota Bharu dengan berputih mata.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, nasib malang Negeri Sembilan berterusan apabila kalah 1-2 kepada Selangor walaupun mendahului menerusi penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-10.

Selangor bangkit pada separuh masa kedua apabila kaptennya, Amri Yahyah memberikan gol penyamaan pada minit ke-60 sebelum Safiq Rahim menambah derita jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan dengan tandukan cantik pada minit ke-78.

Kedah pula mencapai kemenangan pertama di bawah bimbingan jurulatih sementara, Radhi Mat Din apabila mengatasi Terengganu 2-1 di Stadium Darul Aman biarpun ketinggalan terlebih dahulu hasil sepakan voli pemain tengah pelawat, Reshafiq Alwi pada minit ke-30.

Skuad Kenari memilih separuh masa kedua untuk bangkit selepas mendapat dua jaringan dalam tempoh empat minit menerusi Khyril Muhymeen pada minit ke-63 Firdaus Fauzi pada minit ke-67.

Di Stadium Utama, Kangar, Felda United terus mencuri tumpuan apabila menjinakkan pasukan tangga tercorot, Perlis 2-0 untuk naik ke tangga kedua Liga Super dan berkongsi mata bersama Kelantan.

T-Team pula mengikat Perak 0-0 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, manakala perlawanan antara Sabah dan Harimau Muda A ditunda ekoran hujan lebat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...