Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 15, 2011

Masih belum ada jawapan (Harian Metro Online)

Rizal Fahmi Abdul Rosid dipanggil buat kali pertama

BIARPUN belum ada pasukan yang mengesahkan untuk menerima undangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan skuad kebangsaan hujung bulan ini, K Rajagobal tetap memanggil 24 pemain menjalani latihan pusat bermula 21 Mac depan.

Antara pemain yang dipanggil jurulatih kebangsaan itu untuk mengikuti latihan pusat selama lapan hari di Wisma FAM Kelana Jaya itu adalah Azidan Sarudin (Selangor) dan Baddrol Bakhtiar (Kedah) yang kembali mendapat tempat manakala pemain pertahanan Kelantan, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid dipanggil buat kali pertama.

Azidan yang kali terakhir menjalani latihan pemilihan skuad ke Sukan Sea Laos 2009 berharap dapat menggunakan peluang kali ini untuk mencuri perhatian Rajagobal bagi terpilih dalam skuad kebangsaan.

“Saya pernah beberapa kali dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan ketika bermain dengan Kuala Lumpur sebelum ini tapi tidak pernah mendapat tempat dalam senarai akhir pemain.

“Harap-harap dengan peluang yang diberikan Rajagobal kali ini dapat saya gunakan sebaik-baiknya supaya kehadiran saya dalam latihan pusat bersama pemain-pemain lain dapat dirasai,” katanya yang berhijrah dari Kuala Lumpur untuk menyertai juara Liga Super, Selangor musim ini.

Sementara itu, pemain tengah Amar Rohidan yang tidak menyertai latihan skuad kebangsaan Februari lalu walaupun namanya disenaraikan kerana diserang demam campak turut disenaraikan sekali lagi bersama S Chanturu dari Kelantan yang mengalami kecederaan sebelum ini.

Bagaimanapun, kemungkinan Rajagobal hanya memanggil barisan pemain ini untuk menjalani latihan pusat saja memandangkan perlawanan dengan pasukan luar negara masih belum dapat dipastikan oleh FAM setakat ini selepas beberapa negara seperti Oman, Iran, Jordan dan Sri Lanka masing-masing menolak jemputan mereka.

Latihan pusat skuad kebangsaan adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 Jun depan.

Senarai pemain skuad kebangsaan
Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar , Mohamad Azmi Muslim, Mohd Sabre Mat Abu (Kedah), Azidan Sarudin, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Asraruddin Putra, Safiq Rahim (Selangor) Ahmad Fakri Saarani, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, Mohd Farizal Marlias, S Kunalan, (Negeri Sembilan), Mohamad Ashaari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu), S Chanturu, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) K Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan, Mahali Jasuli, Mohammad Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A), Shahrizal Mohd Saad (Johor FC).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...