Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 16, 2011

Manfaat peluang di laman sendiri: Karathu (Sinar Harian Online)


“Main berhabis-habisan”. Itu amanat Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu kepada barisan pemainnya apabila melayan kunjungan Felda United pada saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, malam ini.

Karathu juga meminta anak buahnya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dan tidak memberi ruang kepada Felda United melancarkan serangan ke kubunya.

“Saya harap barisan serangan tidak mensia-siakan peluang di hadapan gol. Keputusan malam ini penting sebagai bekalan selesa pada pertemuan suku akhir kedua nanti.

“Saya harap pemain fokus dan bermain seperti biasa,” katanya.

Ditanya adakah pemainnya tertekan beraksi di laman sendiri, Karathu berkata, perkara itu tetap ada namun dia yakin pemainnya mampu mengatasi masalah itu.

“Saya akui mungkin ada sedikit tekanan kerana penyokong datang ke stadium mahukan keputusan positif daripada pasukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...